Dasar Privasi

Dasar privasi di bawah (“Dasar Privasi” atau “Dasar“), membentuk perjanjian sah antara anda dan kami berhubung dengan penggunaan perkhidmatan dan laman web kami www.maverbet.com (“Laman” atau “Servis“). Oleh itu, adalah penting untuk anda meluangkan masa untuk membacanya dengan teliti.

Dengan mengakses laman www.maverbet.com, anda bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini, semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan, serta bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk mematuhi mana-mana undang-undang tempatan yang terkait. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana yang berikut, anda dilarang menggunakan atau mengakses laman web ini. Informasi yang terkandung dalam laman web ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan tanda dagangan yang berkenaan.

Lesen Penggunaan

Kebenaran diberikan untuk memuat turun satu salinan informasi (maklumat atau perisian) buat sementara waktu dari laman web Maverbet.com untuk kegunaan sendiri dan penyiaran bukan komersil. Ini adalah pemberian lesen, bukan pemindahan hak milik informasi, dan di bawah lesen ini anda tidak boleh:

Pengumpulan dan Penggunaan Informasi

Maverbet.com memiliki hak intelektual terhadap informasi yang dikumpulkan pada laman web ini. Kami tidak akan menjual, berkongsi atau mendedahkan maklumat ini kepada orang lain dalam apa jua keadaan. Kami akan sentiasa mematuhi klausa ini.

Pendaftaran

Kami tidak akan pernah meminta anda untuk sebarang maklumat peribadi. Walau bagaimanapun, dengan mengklik pautan di laman web kami, anda perlu mendaftar dengan operator kasino yang berkenaan.

Laman ini menghormati privasi Internet anda dan kami memberi keutamaan terutama kepadanya. Kami komited untuk mengekalkan kerahsiaan semua maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami untuk membolehkan anda menikmati permainan percuma dalam talian kami dengan memastikan ianya menggunakan binaan, teknik, kaedah dan prosedur yang terbaik.

Tujuan dasar privasi ini adalah untuk membolehkan anda memahami bagaimana kami mengumpul, menyimpan, menggunakan dan melindungi maklumat anda serta memahami hak anda berhubung dengan maklumat tersebut.

Sulit & Kerahsiaan

Laman ini mengambil segala usaha untuk melindungi kerahsiaan identiti serta maklumat lain yang telah dikumpulkannya mengenai pengguna dan tidak akan membenarkan pihak ketiga mengakses maklumat atas sebarang alasan atau dalam apa jua keadaan, kecuali yang berkaitan dengan undang-undang. Kami telah membuat pelaburan besar untuk menyediakan pelayan, pangkalan data, sistem sandaran, firewall dan teknik penyulitan yang khusus untuk melindungi privasi dan maklumat yang dikumpul oleh Laman ini.

Kuki

Penggunaan kuki untuk menyimpan data adalah selamat dan sangat membantu. Anda boleh menerima atau menolak kuki dengan mengubah tetapan dalam pelayar Internet anda.

Apa itu Kuki dan Bagaiman ia Digunakan?

Kuki adalah sejumlah kecil data yang dihantar ke pelayar anda dari pelayan web dan disimpan pada pemacu keras komputer anda. Kuki dihasilkan mengikut piawaian, dihadkan, tetapi ini tidak bermaksud yang kami mempunyai akses langsung ke komputer anda, cakera keras atau mana-mana peranti peribadi anda. Kami boleh menghantar lebih daripada satu (1) kuki, bergantung kepada perkhidmatan kami yang anda gunakan. Ini dilakukan secara automatik dan anda biasanya tidak akan dapat melihat prosesnya. Anda boleh memilih sama ada untuk menerima kuki yang kami hantar kepada anda dengan mengubah tetapan pelayar Internet anda. Jika anda memilih untuk tidak menerima kuki ini, sesetengah ciri pada laman kami mungkin tidak akan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya.

Kami mengumpul maklumat melalui kuki.

Kuki yang kami gunakan terbahagi kepada:

Perkhidmatan analisis ini, adalah antara lain, disediakan oleh pihak ketiga dan mungkin menggunakan kuki, misalnya, untuk mengumpulkan statistik mengenai tingkah laku pengguna / pelawat serta mengingati pilihan pengguna.

Pengiklanan Berdasarkan Minat – Kami menggunakan pengiklanan yang disediakan oleh rangkaian pengiklanan pihak ketiga untuk membantu membayar kos mengoperasi laman web dan membenarkan pengguna menggunakan laman web tanpa perlu membayar yuran pendaftaran. Syarikat-syarikat pengiklanan ini boleh mengumpul maklumat tentang pengguna ketika pengguna melayari Laman ini. Laman ini tidak mengumpulkan maklumat atau mengawal kandungan iklan yang akan anda lihat.

Perkongsian Sosial – Kami memasukkan widget perkongsian sosial untuk membolehkan pengguna berkongsi kandungan Laman ini secara langsung di laman rangkaian sosial / perkongsian sosial seperti Facebook, Twitter, Google+ atau laman perkongsian media sosial yang lain. Widget ini disediakan oleh pihak ketiga dan boleh menggunakan kuki mereka sendiri.

Dalam kebanyakan keadaan (kecuali, sebagai contoh, dalam kes kuki asas), kami mengamalkan dasar berikut dengan ketat: identiti semua pengguna disimpan secara anonim dan kuki sesi akan dipadam selepas setiap sesi / setiap kali pelayar ditutup.

Kami menggunakan sebilangan kecil kuki kami sendiri, sebahagian besarnya adalah penting untuk membolehkan Laman ini berfungsi seperti yang sepatutnya. Dengan meneruskan penggunaan Laman ini, pengguna bersetuju untuk membenarkan kami menyimpan maklumat yang terkandung dalam kuki ini pada komputer, tablet atau telefon pintar mereka.

Namun, pengguna dapat mengubah tetapan pelayar untuk menerima atau menolak semua atau beberapa kuki, atau memberitahu apabila ada kuki ditetapkan – setiap pelayar adalah berbeza, sila periksa menu “Bantuan” pada pelayar anda untuk mengetahui cara mengubah pilihan kuki – tetapi menyahaktifkan kuki mungkin memberi kesan kepada fungsi Laman.

Laman Web Pihak Ketiga

Kami menyediakan pautan ke laman web dan sumber luar, seperti kasino dalam talian. Laman ini tidak mempunyai kawalan ke atas laman web dan sumber di luar Laman ini dan tidak mengesyorkan serta tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kandungan, pengiklanan, produk atau bahan lain pada atau yang tersedia dari laman web atau sumber luar tersebut. Anda bersetuju bahawa anda akan tertakluk kepada mana-mana dan semua peraturan yang dikenakan kepada laman-laman web tersebut dan Maverbet.com tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerosakan dan / atau kerugian yang disebabkan dan / atau didakwa menyebabkan atau berkaitan dengan penggunaan atau ketergantungan kandungan informasi yang terdapat pada laman web atau sumber-sumber tersebut.

Keselamatan

Kami telah melabur dalam pelbagai langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk cuba melindungi terhadap kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat peribadi anda, di bawah kawalan kami. Semua kakitangan kami yang mempunyai akses sama ada ke pangkalan data atau pelayan utama perkhidmatan kami mesti mematuhi peraturan keselamatan yang ketat. Walaupun kami tidak dapat menjamin bahawa kerugian, penyalahgunaan atau perubahan kepada data tidak akan berlaku, kami telahpun mengambil segala langkah yang perlu bagi mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini.

Perlindungan Data Sulit

Kami mengakui bahawa sesetengah maklumat lebih sensitif daripada yang lain. Sebagai perlindungan tambahan, kami hanya menyimpan data sedemikian dalam mod yang dilindungi teknologi penyulitan.

Pembebasan Tanggung Rugi

Dengan ini, anda bersetuju untuk membebaskan Maverbet.com serta syarikat gabungan, pengarah, pegawai, ejen, pekerja dan rakan sekutu dari sebarang tuntutan atau gantirugi, termasuk yuran peguam yang berkaitan, yang diminta oleh mana-mana pihak ketiga disebabkan atau yang timbul daripada kelakuan anda, peruntukan kandungan anda, pelanggaran Dasar Privasi ini, atau pelanggaran hak anda yang lain.